Jumaat, 22 April 2016

Ciri tautan berdasarkan pandangan Halliday dan Hassan



Menurut Halliday dan Hassan, tautan dianggap sebagai konsep semantik yang merujuk kepada hubungan makna yang terdapat dalam teks. Hubungan yang demikian berfungsi untuk mendefinisikan teks.
“Tautan merupakan satu set kemungkinan yang wujud dalam bahasa untuk menjadikan suatu teks itu berkesatuan”
(Halliday dan Hasan:1976)
Menurut Halliday dan Hasan lagi, "Cohesion is expressed through the strata organization of language. Language can be explained as a multiple coding system comprising three levels of coding or 'strata'. The semantic (meaning), the lexicogrammatical (forms) and the phonological and orthographic (expression). Meanings are realized (coded) as forms, and the forms are realized in turn (recoded) as expressions. To put this in everyday terminology, meaning is put into wording and wording into sound or writing."
Halliday dan Hasan telah cuba melihat tautan makna itu dari dua sudut iaitu tautan nahuan dan tautan leksikal. Kedua-dua nahuan ini wujud dalam sesuatu kesatuan teks. Selain itu, kohesi juga memperlihatkan jalinan ujaran dalam bentuk ayat bagi membentuk suatu teks atau konteks dengan menghubungkan makna yang terkandung di dalam unsur. Kohesi juga dikenali sebagai tetenunan, tautan, kepaduan dan sebagainya.
                                                
Contohnya:
1. Syazwani, Siti dan Faiznur ke perpustakaan.
2. Mereka ke sana untuk meminjam buku.

Dalam contoh di atas, terdapat tautan antara kedua-dua ayat tersebut. Perkataan mereka dalam ayat kedua merujuk kepada Syazwani, Siti dan Faiznur, sementara sana merujuk kepada perpustakaan. Oleh itu, kedua-dua ayat yang mempunyai tautan ini dianggap sebagai wacana. Tambahan pula, kedua-dua ayat ini bermakna dan difahami.
Oleh itu, Halliday dan Hassan telah membahagikan tautan kepada beberapa ciri iaitu Pronomina atau kata ganti diri, subtitusi, ellipsis, konjungsi atau penghubung dan leksikal.
a.       Pronomina atau kata ganti diri
Ciri tautan pertama menurut Halliday dan Hassan ialah pronomina atau kata ganti diri. Ciri ini merujuk kepada kata ganti bagi diri, penunjuk dan lain-lain. Sebagai contoh kata ganti diri ialah.

Abu dan Ahmad merupakan sahabat karib. Setiap pagi, mereka pergi kesekolah bersama-sama dengan menaiki basikal.

Berdasarkan contoh diatas, dapat dilihat kata nama Abu dan Ahmad digantikan dengan kata ganti diri mereka. Kata ganti diri digunakan untuk mengelakkan pengulangan kata nama yang sama. Selain itu, terdapat kata ganti nama diri penunjuk. Kata ganti nama diri penunjuk ini merujuk kepada arah. Sebagai contoh penggunaan kata ganti nama diri penunjuk ialah,
           
Ini rumah saya. Itu rumah Siti. Rumah kami berdekatan,

b.      Subtitusi
Ciri tautan kedua menurut Halliday dan Hassan ialah subtitusi. Subtitusi merupakan hubungan ayat yang bersifat gramatika, iaitu melihat hubungan antara kata dengan makna. Subtitusi boleh dipecahkan kepada beberapa jenis seperti kata nama, kata kerja, klausa dan campuran. Sebagai contoh ayat menggunakan subtitusi campuran adalah seperti berikut,

Saya dan pakcik pergi ke warung kopi. Saya memesan teh. Begitu juga pak cik. Rupa-rupanya keinginan kami sama.

Subtitusi diatas adalah perkataan begitu juga dan sama. Frasa memesan teh diganti oleh perkataan begitu juga serta sama. Hal ini jelas membuktikan bahawa makna subtitusi sebagai proses penggantian unsur lain dalam sesuatu ayat bagi mengelakkan frasa yang berulang

c.       Elipsis
Ciri tautan ketiga menurut Halliday dan Hassan ialah elipsis. Elipsis merupakan proses atau hasil penggantian unsur bahasa oleh pembeza atau menjelaskan sesuatu tertentu. Elipsis bermaksud pengulangan struktur linguistik dan unsur yang sama tetapi menghilangkan sebahagian daripada ujarannya (Mohd Rashid Md Idris, 10:2004). Elipsis pertama adalah elipsis kata nama. Untuk menghasilkan kesan kohesi dalam ayat, pengguguran kata nama yang sama akan berlaku. Hal ini disebabkan, penulis beranggapan bahawa pembaca akan memahami kata nama yang digugurkan. Di samping itu, untuk mengelakkan kebosanan terhadap kata nama yang sama. Misalnya,
Abu dan Ali suka memancing ikan di tepi sungai. Jaafar dan Mat pula sebaliknya.

           
Ayat diatas terdapat pengguguran kata nama Abu dan Ali selepas perkataan sebaliknya. Hal ini penting bagi menghasilkan kegramatisan ayat.
Kedua, elipsis pengguguran kata kerja. Elipsis kata kerja adalah pengguguran perkataan yang mewakili kata kerja. Pengguguran kata kerja ini boleh dilihat melalui contoh di bawah.
           

Ani meminjam majalah daripada perpustakaan. Minggu lepas saya telah meminjam satu.


Melalui contoh diatas, terdapat pengguguran kata kerja. Walaupun berlaku pengguguran kata kerja malahan pengguguran yang berlaku adalah terhadap perkataan majalah. Hal ini disebabkan, apabila berlaku pengguguran perkataan meminjam akan menyebabkan ayat tergantung. Oleh sebab itu, hanya perkataan majalah digugurkan dalam ayat di atas.
Ketiga ialah elipsis klausa. Elipsis klausa adalah pengguguran klausa. Sesuatu ayat masih dapat berdiri sendiri walaupun berlaku pengguguran klausa. Sebagai contohnya boleh dilihat berdasarkan dialog dibawah.

           Ali: Mari kita memancing ikan.
           Abu : Tidak minatlah.

Berdasarkan dialog di atas, terdapat pengguguran klausa dalam ayat kedua, iaitu selepas frasa tidak minatlah, sepatutnya wujud klausa memancing ikan tetapi telah digugurkan. Pengarang beranggapan pembaca mengetahui maksud ayat tersebut walaupun telah digugurkan klausa.

d.      Konjungsi atau penghubung
Ciri tautan keempat menurut Halliday dan Hassan ialah konjungsi atau penghubung. Penghubung digunakan untuk menggabungkan kata dengan kata frasa dengan frasa, klausa dengan klausa, ayat dengan ayat serta perenggan dengan perenggan. Penggunaan penghubung boleh dilihat melalui contoh dibawah,
            
Ali seorang yang rajin dan suka membantu orang lain. Oleh sebab itu, dia disukai kerana sikapnya itu, Namun begitu, dia sering dibuli kerana sikap sesetengah rakannya yang sering mengambil kesempatan. Walaupun sering dibuli, dia tetap membantu rakannya. Sebelum dipindahkan ke Johor, semua rakannya memohon maaf daripada Ali. Ali menyatakan bahawa dia tidak mengambil hati terhadap sikap mereka mahupun membenci rakan-rakannya.


  Melalui perenggan diatas, konjungsi atau penghubung boleh dikelaskan kepada kumpulan tertentu. Konjungsi pertama adalah peghubung adversatif. Penghubung jenis ini digunakan untuk menunjukkan pertentangan pernyataan pertama dan kedua. Hal ini boleh dilihat melalui perkataan namun begitu yang digunakan untuk menyatakan pertentangan penyataan dengan ayat sebelumnya. Seterusnya, perenggan diatas turut mempamerkan konjungsi klausa. Penghubung klausa digunakan untuk menyatakan alasan atau sebab sesuatu berlaku. Penggunaan konjungsi klausa boleh dilihat melalui perkataan oleh sebab itu dan kerana.
Perenggan diatas turut mempamerkan penggunaan konjungsi koordinatif. Penghubung koordinatif digunakan untuk mempertalikan ayat utama dan ayat kecil. Konjungsi koordinatif boleh dilihat melalui perkataan dan. Konjungsi subordinatif boleh dilihat melalui penggunaan perkataan walaupun dan bahawa. Konjungsi temporal digunakan untuk menyatakan tempoh masa. Sebagai contohnya, boleh dilihat melalui perkataan sebelum.
e.      
Leksikal
Ciri tautan kelima menurut Halliday dan Hassan ialah leksikal. Leksikal merupakan ciri tautan yang mementingkan kosa kata  serasi yang digunakan dalam frasa, ayat, mahupun perenggan. Kohesi atau tautan leksikal diperoleh dengan cara memilih kosa kata yang serasi. Oleh itu, ada dua cara bagi mencapai aspek kohesi leksikal ini, iaitu reiterasi (pernyataan semula) dan kolokasi.

Reiterasi
Pertama reiterasi, iaitu penyusunan semula yang berlaku melalui tiga cara iaitu pengulangan kata, sinonim, superordinate dan kata-kata umum. Cara pertama ialah pengulangan kata. Pengulangan kata ini dikenali juga sebagai repetition iaitu kata yang seringkali diulang dari segi “kata isi”. Ini bermakna kata itu penting bagi sesuatu ayat yang dibentuk dan dibina. Kata isi boleh dikenal pasti melalui dua cara. Pertama, kata isi itu dijadikan unsur yang tidak boleh ditinggalkan. Kedua, jika kata tersebut ditidak diulang akan menyebabkan teks itu akan terganggu sifatnya. Cara kedua melakukan reiterasi ialah sinonim. Sinonim pula merupakan suatu kata yang mempunyai makna yang sama dengan “kata seerti”. Sinonim digunakan kerana kebosanan bagi pengulangan kata yang sama di dalam teks dan sinonim juga memberi variasi kepada sesuatu teks. Contohnya:
Pemuda-pemuda seperti pemuda Cina, pemuda India, pemuda Melayu serta pemuda bangsa laun merupakan lelaki yang Berjaya mempertahankan Malaysia daripada serangan musuh.


Kohesi leksikal sinonim pula merupakan perkataan seperti yang boleh dilihat melalui peerkataan “pemuda” dan “lelaki” berdasarkan contoh diatas. Sebenarnya, sinonim digunakan untuk mengelakkan kebosanan kerana penggunaan perkataan yang sama setiap kali. Oleh itu, pengarang akan menggunakan perkataan yang berlainan tetapi membawa maksud yang sama dalam ayat atau perenggan. Sinonim digunakan bagi mengelakkan kebosanan bagi pengulangan kata sama di dalam teks dan juga memberi variasi kepada sesuatu teks.
Cara ketiga pula ialah superordinat. Superordinat ialah penggunaan kata yang lebih khusus atau “hiponim” kepada kata lebih umum. Misalnya:
Semua yang ada di sesebuah desa seperti kambing, biri-biri. kerbau, lembu dan ayam harus dibuatkan kandangnya secara teratur. Ketua kampong mengarahkan penduduk desa membuat kandang ternakan masing-masing.


Superordinat bagi contoh di atas ialah kata umum yang merujuk kepada kambing, biri-biri,  kerbau dan ayam iaitu “ternakan”. Perkataan kambing, biri-biri, kerbau, lembu dan ayam uga dikenali sebagai hiponim. Cara keempat pula ialah penggunaan kata-kata umum iaitu, kata-kata yang tidak tentu kelasnya.

Kolokasi
Kedua ialah kolokasi. Kolokasi dapat dilihat melalui dua sudut, iaitu sudut sintaksis dan sudut semantik. Sudut sintaksis misalnya:

Ketika itu nama Brunei dikenali sebagai Puni kerana ibu kotanya bernama Puni. Pada zaman Sultan Muhyuddin, iaitu Sultan Brunei yang ke –XIV baharulah kerjaan Brunei itu dipindahkan ke tempat yang ada sekarang.

Manakala sudut semantik pula contohnya:

Kerajaan berusaha bersungguh-sungguh meningkatkan perhubungan di tanah air kita, iaitu perhubungan darat, laut dan udara. Dalam bidang perhubungan darat telah digalakkan permanfaatan kereta api dan kenderaan bermotor. Kenderaan ini meliputi kereta, motosikal dan lain.



 Sumber : http://gurubahasamelayu.blogspot.my/2009/07/wacana-bahasa-melayu.html

Tiada ulasan :

Catat Ulasan