Konsep Struktur Maklumat
Sato Hirobumi menyimpulkan bahawa semasa berlakunya komunikasi penyampai tidak selalu diberi peluang untuk memastikan sama ada maklumat yang hendak disampaikan merupakan maklumat lama atau maklumat baru bagi penerimanya. Jika setiap penyampai berkomunikasi sambil memastikan tiap-tiap maklumat yang disampaikan sama ada baru atau lama, maka proses komunikasi akan menjadi tidak berkesan.
Oleh sebab itu, pihak yang ingin menyampaikan mesej perlu meneka dan memastikan sama ada maklumat yang hendak disampaikan itu sudah ada dalam pengetahuan penerimanya atau tidak. Cara untuk mengenalpasti jenis maklumat ini perlu ada pada seseorang penyampai. Maklumat dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu maklumat lama (ML) dan maklumat baru (MB).
Maklumat Lama
ML merupakan maklumat yang sedia ada dalam diri penerima mesej. Maklumat atau pengetahuan sedia ada ini akan terangsang apabila penerima membaca atau mendengar mesej yang disampaikan. Oleh sebab itu, maklumat ini dikenali sebagai maklumat lama kerana sudah ada dalam otak penerima. Sato Hirobumi telah membahagikan maklumat ini kepada tujuh iaitu kaedah perujukan,kaedah penggantian, kaedah pengulangan, kaedah pengulangan sebahagian, kaedah penghilangan, kaedah leksikal dan kaedah prafrasa.
Maklumat Baru
Kehadiran maklumat lama hanya sebagai pilihan atau opsional dan tumpuan atau okus maklumat adalah harus kepada maklumat baru, berdasarkan kepada penelitian penanda maklumat lama. Perkara utama antara dua jenis maklumat ini ialah maklumat baru harus diberi penumpuan lebih. Walau bagaimanapun, keutamaan ini hanya sekadar peringkat kajian empirikal sahaja.
Maklumat baru dapat dikenali melalui tanda tinggi dan apabila ada penanda digunakan sebagai maklumat baru. Menurut Sato Hirobumi terdapat empat penanda maklumat iaitu maklumat baru tambahan, maklumat baru konstratif, maklumat baru pemberitaan neutral dan maklumat baru fokus.
Tiada ulasan :
Catat Ulasan