Dalam komunikasi seharian, sudah
tentu penutur sentiasa mengungkapkan sesuatu melebihi batas ayat. Batas ayat
ini merujuk kepada wacana yang telah kita ujarkan. Dalam ujaran kita, kita
secara tidak sedar telah mentautkan ayat yang sebelumnya dengan ayat yang
selepasnya. Pertautan ini disebut sebagai tautan dalam wacana.
Pike dan pike mendefinisikan tautan
sebagai fitur sesuatu tagmen yang menentukan cara bagaimana tagmen itu
menguasai atau dikuasai oleh tagmen lain. Gutwinksi pula tidak melihat tautan
sebagai fitur tetapi sebagai hubungan yang terdapat dalam ayat dan klausa dalam
sesuatu teks.
Makna Tautan Menurut Sanad Md.
Nasir (2002) "Keserasian hubungan antara unsur linguistik dengan unsur
linguistik yang lain dalam sesebuah wacana. Keserasian ditinjau daripada hubungan
antara sesuatu perkataan, frasa atau ayat dengan sesuatu perkataan dalam wacana
tersebut".
Kesimpulan yang dibuat oleh Sanat
Md. Nasir (2002) mengenai konsep tautan ialah fungsi tautan dapat dirumuskan
sebagai hubungan satu ikatan yang apik dan bermakna. Konsep cakupan tautan ini merujuk kepada
hubungan unsur linguistik di dalam sesuatu teks, sama ada di peringkat dalam
ayat atau antara ayat, dan hubungan ini boleh sahaja bersifat formal atau
semantik dengan fungsinya. Ditegaskan bahawa unsur linguistik yang berhubungan
itu berada dalam unit teks yang berlainan.
Model Tautan Pindaan Sanat Md.
Nasir (2002) menggunakan perkataan ‘pindaan’ dengan maksud pada asalnya ialah
Model Halliday dan Hasan (1976), tetapi telah mengalami penyusunan semula,
tambahan dan penekanan aspek tertentu dalam kajian tautan aliran sistemik
(systemic theory). Sanat Md. Nasir (2002) membahagikan tautan kepada tiga jenis
utama, iaitu tautan perulangan, tautan kolokasi, dan tautan penghubung ayat.
|
Tautan
Kolokasi Antoniman
|
Tautan
Kolokasi
|
Tautan
Kolokasi Kohiponiman
|
|
Tautan
Kolokasi Hasil
|
|
Tautan
Kolokasi Sifat
|
Model Tautan Pindaan Sanat Md. Nasir
(2002): Tautan Kolokasi
Tautan bermaksud
keserasian hubungan antara satu unsur linguistik dengan satu unsur linguistik yang
lain dalam sesuatu wacana untuk menghasilkan wacana yang lengkap. Selain itu,
tautan bermaksud kesepaduan dalam penulisan. Keserasian hubungan ini lazimnya
dilihat melalui hubungan antara suatu perkataan, frasa atau ayat, dengan
perkataan, frasa atau ayat lain dalam wacana yang sama. Dengan kata lain,
wujudlah pertalian antara ayat dengan ayat, perenggan dengan perenggan lain dan
isi dengan isi. Tautan dapat mewujudkan kesinambungan antara sebahagian teks
dengan sebahagian teks yang lain sehingga membentuk satu kesatuan.
Tautan juga
merujuk kepada idea atau esei yang dijalinkan rapi hingga menjadi bersepadu.
Selain itu, tautan juga disebut sebagai organisasi sintaktik yang mana
merupakan wadah ayat-ayat yang disusun secara padu dan padat. Perkara ini
bermaksud kohesi adalah hubungan diantara ayat dalam sebuah wacana tidak kira
sama ada dari segi strata gramatikal mahupun strata leksikal tertentu. Maksud
ciri tautan atau kehesi ini juga ada dinyatakan oleh Halliday dan Hasan.
Mereka melihat tautan makna itu dari dua
sudut, iaitu tautan nahu dan tautan leksikal. Kedua-dua nahuan ini wujud dalam
sesuatu kesatuan teks. Selain itu, tautan juga memperlihatkan jalinan ujaran
dalam bentuk ayat bagi membentuk suatu teks atau konteks dengan menghubungkan
makna yang terkandung di dalam unsur. Hal ini dikukuhkan lagi denan pernyataan
seperti berikut;
“Tautan merupakan satu set kemungkinan yang wujud
dalam bahasa untuk menjadikan suatu teks
itu berkesatuan”
(Halliday dan Hasan: 1976)
1.2 Kolokasi
Menurut buku
Tatabahasa Wacana (2012), Kolokasi dapat dilihat melalui dua sudut, iaitu sudut
sintaksis dan sudut semantik.
Sudut sintaksis misalnya:
Ketika itu nama Brunei dikenali
sebagai Puni kerana ibu kotanya yang bernama Puni. Padazaman Sultan
Muhyiddin, iaitu Sultan Brunei yang ke-XIV baharulah kerajaan Brunei
itudipindahkan ke tempat yang ada sekarang.
|
Manakala sudut semantik
pula contohnya:
Kerajaan berusaha bersungguh-sungguh
meningkatkan perhubungan di tanah air kita, iaitu perhubungan darat, laut dan
udara. Dalam bidang perhubungan darat telah digalakkan permanfaatan kereta
api dan kereta bermotor. Kenderaan ini meliputi kereta, motosikal dan lain.
|
Sering kali
kata-kata dalam medan makna kolokasi dari sudut semantik berkolokasi dengan
golongan kata lain. Kolokasi dalam bahasa Latin ‘colloco’ yang membawa
bermaksud ‘tempat yang sama dengan’ yang mempunyai hubungan sintagmatik antara
kata-kata atau unsur-unsur leksikal itu. Kolokasi dalam semantic merupakan
hubung kait sesuatu butir leksikal dengan butir-butir leksikal lain di
sekitarnya. Menurut Kamus Dewan edisi keempat (2007), kolokasi bermaksud
hubungan kedudukan atau kewujudan antara satu perkataan dengan yang lain dalam
satu susunan misalnya dalam ayat. Firth (1951) dalam Noorliza Jamaludin (2004)
mendefinisikan kolokasi sebagai “the
company words keep”, iaitu hubungan antara satu kata dengan kata yang lain.
Oleh itu, perkara yang dalam kolokasi ialah hubungan atau kombinasi kata yang
tipikal yang benar-benar wujud dalam sesuatu bahasa.
Leech (1974)
dalam Abdullah Yusof (2008) pula menyatakan bahawa kolokasi biasanya
berhubungan dengan penggunaan beberapa kata dalam lingkungan yang sama.
Contohnya jika seseorang berkata melur, cempaka, kenanga, raya, anggerik,
kata-kata ini berhubungan dengan lingkungan kata bunga.
2.0
Jenis Tautan Kolokasi
Tautan kolokasi tidak melibatkan unsur linguistiknya berulang
bentuk dan makna. Tautan jenis ini merujuk kepada konteksnya, iaitu
kehadirannya sesuatu linguistik dengan yang lain antara dua unit teks.
Kehadiran ini melibatkan domain makna. Dengan berdasarkan domain makna inilah
kehadiran unsur linguistic yang terlibat diperincikan kepada empat jenis,
iaitu:
Contoh yang diberikan dibawah terbahagi kepada dua jenis iaitu
jenis tautan kolokasi yang terdapat dalam 1 ayat sahaja dan jenis tautan
kolokasi yang bertautan dalam 2 atau lebih ayat.
- Tautan Kolokasi Antonomi
Tautan ini menunjukkan kehadiran unsur tautan yang bercirikan
makna yang berlawanan.
Contohnya:
‘Ketua kampung mempunyai anak gadis yang cantik tetapi mempunyai
perangai yang buruk’.
|
Unsur ‘cantik’ dalam
ayat diatas bertautan secara kolokasi dengan unsur ‘buruk’. Unsur tersebut
menunjukkan hubungan makna yang bertentangan.
Contoh lain seperti:
A
|
Industri perindustrian tempatan masa kini semakin diperakui
di peringkat antarabangsa.
|
B
|
Berbanding pada masa dahulu industri ini kurang
mendapat tempat
|
Unsur ‘dahulu’
dalam ayat B dikatakan bertautan secara kolokasi dengan unsur ‘kini’ dalam ayat
A. Unsur tersebut merupakan unsur linguistik pada peringkat kata yang menunjukkan
hubungan makna yang bertentangan.
- Tautan Kolokasi Kohiponiman
Tautan ini merujuk kepada kehadiran hubungan makna unsur pada
peringkat superodinat dengan ordinatnya atau antara hiponiman atau termasuk
meronimi, yakni hubungan unsur yang sebahagian dengan unsur yang menyeluruh
atau antara unsur sebahagian daripada entiti yang menyeluruh.
Contohnya:
Sekolah merupakan entiti menyeluruh (superordinat) manakala
bilik darjah, guru, pelajar, ujian, dan buku latihan ialah unsur sebahagian
(ordinat).
|
Unsur ‘menyeluruh’ bertautan secara kolokasi
dengan unsur ‘sebahagian’. Hubungan antara unsur ini bertautan secara hiponim
iaitu unsur yang sebahagian dengan unsur yang menyeluruh.
Contoh lain seperti:
A
|
Program tuisyen mata pelajaran utama
bertujuan untuk membantu pelajar mempersiapkan diri untuk menghadapi
peperiksaan.
|
B
|
Pelajar yang lemah dalam Bahasa Melayu, Matematik Sains
dan Bahasa Inggeris disarankan untuk menghadiri tuisyen itu secara
percuma.
|
Unsur
dalam ayat B yang terdiri daripada kata dan frasa, iatu ‘Bahasa Melayu’ ‘Bahasa
Inggeris’, ‘Matematik’, ‘Sains’ dikatakan bertautan secara kolokasi dengan
frasa ‘mata pelajaran utama’ dalam ayat A. Tautan ini melibatkan hubungan makna
hiponim, iaitu antara superodinat dengan ordinatnya.
- Tautan Kolokasi
Hasil
Tautan ini melibatkan kehadiran
hubungan makna unsur tautan yang satu menghasilkan yang lain atau unsur yang
dihasilkan oleh sesuatu entiti semantik.
Contohnya:
... perintah berkurung ...
dengan... bahawa kekacauan di Pulau Pinang itu...
|
Unsur
‘perintah berkurung’ bertautan secara kolokasi dengan unsur ‘kekacauan’ dalam
ayat diatas. Secara mudahnya’ ‘kekacauan’ menghasilkan ‘perintah berkurung’.
Contoh lain seperti:
A
|
Kanak-kanak
berusia lima tahun nyaris putus tiga jari tangan kanan apabila mercun bola
yang dipasangkan meletup secara tiba-tiba.
|
B
|
Kejadian berlaku kerana ada ibu bapa yang
berpendapat bahawa permainan bunga api dan mercun merupakan satu kemestian
pada setiap kali perayaan
|
Dalam ayat B, unsur ‘ibu bapa’ yang
terdiri daripada frasa juga bertaut secara kolokasi dengan ‘kanak-kanak’ dalam
ayat A yang juga terdiri daripada frasa. Tautan ini juga melibatkan hubungan
makna hasil antara entiti, tetapi untuk maksud yang sebaliknya, iaitu yang
dihasilkan (kanak-kanak) mendahului yang menghasilkan (ibu bapa).
- Tautan Kolokasi
Sifat
Tautan ini merujuk kepada kehadiran
hubungan makna antara unsur tautan yang menjadi punca sifat dengan unsur sifat
atau unsur sifat daripada entiti punca sifat.
Contohnya:
"...
perintah berkurung.....telah dapat mempertenangkan..."
|
Unsur ‘perintah berkurung’
bertautan secara kolokasi dengan unsur ‘dapat mempertenangkan’. Ini bermakna
sifat bagi ‘perintah berkurung’ adalah untuk ‘dapat mempertenangkan’.
Contoh lain seperti:
A
|
Kempen mengharamkan sajian makanan haram
bersama minuman halal yang lain kepada pengunjung Muslim telah diadakan
secara besar-besaran di Negara itu.
|
B
|
Pihak hotel perlu peka bahawa Islam melarang umatnya
makan makanan yang memudaratkan bagi menjamin akhlak yang terpuji.
|
Dalam ayat B, unsur Islam yang
terdiri daripada kata bertautan secara kolokasi dengan unsur ‘mengharamkan
sajian makanan’ dalam ayat A yang terdiri daripada frasa. Tautan ini melibatkan
kehadiran kata yang berlainan mewujudkan hubungan makna sifat, iaitu antara
entiti dengan sifatnya. Dalam contoh ini, entiti (Islam) didahului oleh
sifatnya (mengharamkan sajian makanan haram)
3.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, Tautan terbahagi
kepda 3 jenis iaitu Tautan perulangan, Tautan kolokasi dan Tautan penhung ayat.
Manakala untuk Tautan Kolokasi pula terbahagi kepada 4 jenis iaitu tautan
kolokasi antoniman, tautan kolokasi kohiponiman, tautan kolokasi hasil dan
tautan kolokasi sifat.
Sebagai seorang pewacana yang baik,
kita harus cuba memenuhi konsep tautan ini agar idea yang ingin disampaikan
kepada orang lain dapat disampaikan dengan berkesan.