Jumaat, 22 April 2016

Tautan Penghubung Ayat



Tautan   penghubung   ayat   ditentukan   dengan   melihat   fungsi   unsur   linguistik   itu. Penghubung itu berperanan untuk  menghubungkan antara  unsur  linguistik, iaitu unitteks sebelum dan yang sesudahnya. Penghubung itu sendiri bukan unsur tautan, tetapi sebagai menghubungkan unit teks. Dengan berdasarkan kriteria makna, penghubung ayat itu dapat dibahagikan kepada empat jenis, iaitu:
a)      Tautan penghubung ayat tambahan  
Tautan   jenis   ini   merujuk   kepada   penghubung   ayat   yang   menandai   ciri   makna‘menambah unsur’ sebelum dengan unsur selepas penghubung itu. Ciri menambah inisendiri   daripada   tambahan   sebenar,   pilihan,   penegasan,   penerangan   dan perbandingan.
b)      Tautan penghubung ayat tentangan
Tautan ini merujuk kepada hubungan unsur sebelum dan selepas dengan makna yang  berlawanan  atau bertentangan seperti yang tergambar pada penghubung ayat tersebut.
c)      Tautan penghubung ayat sebab-musabab     
Tautan   ini   menjelaskan   hubungan   unsur   sebelum   dengan   selepas   membawa makna alasan, akibat, tujuan atau syarat yang ditunjukkan melalui penghubung ayat tersebut.
d)     Tautan penghubung ayat waktu

Tautan   ini   merujuk   kepada   hubungan   makna   yang   wujud   antara   unsur   yang sebelum   dengan   yang   selepas   seperti   pada   penghubung   ayat   yang   menunjukkan urutan, sertaan, kesimpulan dan lampauan.

http://documents.tips/documents/nota-tautan.html

Tiada ulasan :

Catat Ulasan