Jumaat, 29 April 2016

Teori Wacana



Teori Sanat Md. Nasir


Menurut Sanat Md Nasir (1998:122-124) berpendapat bahawa, teori-teori bahasa wacana sebelum ini tidak mempunyai asas yang kukuh kerana ketidakmampuan teori-teori ini melihat hubungan makhluk dengan Penciptanya (Khaliqnya). Bagi memenuhi keperluan tersebut, wujud sebuah teori yang lebih ampuh dengan asas-asas yang kukuh iaitu :

TEORI ATQAKUM

            Teori ini menggabungkan kepadaan deskripsi dan eksplonatori dengan keadaan kepadaan "atqakum". penggunaan bahasa tetapi turut melibatkan pengkaji bahasa dan sesiapa juga yang terlibat dengan aktiviti kebahasaan. Dalam Teori Atqakum, mempunyai konsep “alamma” memperlihatkan perlunya bahasa berfungsi untuk mengajarkan, iaitu oleh Allah kepada manusia. Perkara ini amat berkaitan dengan fitrah manusia yang bersifat lemah dan jahil. Teori ini mempunyai unit tatabahasanya iaitu satu konsep yang lebih menyeluruh yang dikenali sebagai “Wacana Plus Plus”. Dengan kesinambungan ini, dapat dilihat sauatu yang terbaik yang juga dikenali sebagai Tatabahasa Wacana Plus Plus. Hirarki dalam unit tatabahasa wacana plus plus boleh dilihat dalam konteks yang paling luas, bermula dengan sesuatu yang tidak diketahui, fonem, kata, frasa, klausa, ayat, wacana dan berakhir dengan wacana plus plus, yang termasuk hal-hal yang tidak terjangkau oleh fikiran manusia. Pada peringkat ini, tatabahasa wacana plus plus dilihat sebagai unit tatabahasa yang terbesar kerana mencakupi perkara-perkara ghaibi. Tatabahasa wacana plus plus menggabungkan bahasa pertuturan (literal) dengan bahasa hati untuk menghasilkan kesan yang lebih luas dan mendalam. Rasulullah SAW dijadikan sebagai model dan ikutan yang terbaik.

                     Selain itu juga, tatabahasa wacana plus plus bukan sahaja membincangkan unit-unit tatabahasa, malah mencakupi persoalan asal-usul bahasa  (Allamahullbayan). Pendokong tatabahasa wacana plus plus membincangkan perkara asal usul  bahasa berpandukan sumber aqli dan naqli.
Menurut Beaugrande dan Dressler (1986:17) : 

“If we assume that structures are always the outcome of intentional operations, then even single sentences must evolve through election rather than being derived  from abstract rules alone.”

            Berdasarkan petikan dapat difahami bahawa dalam sesebuah wacana ayat-ayat yang digunakan dianggap telah terpilih secara sedar dari jumlah pilihan yang disediakan. Tujuan wacana juga adalah untuk menggambarkan bagaimana struktur wacana disusun dengan memperhatikan penempatan dan peranan unsur-unsur yang didapati pada tiap-tiap bentuk lahir ayat seperti mofem, kata, frasa, klausa. Wacana juga berfungsi untuk menyatakan suatu fikiran oleh seseorang penutur. Penyataan fikiran dapat disampaikan melalui struktur dan sistem yang  bersangkutan dengan cara penyampaiannya.


          Menurut Beaugrande dan Dressler (1981:4) menjelaskan bahawa runtutan ialah cara komponen dunia teks iaitu konfigurasi konsep dan hubungan yang mendasari teks permukaan dapat diakses bersama dan berkaitan. Hal ini dikaji melalui dua konsep iaitu primer (pusat kawalan) dan sekunder (mengakses dan memproses).

Tiada ulasan :

Catat Ulasan