Tautan perulangan menunjukkan ciri, sama ada bentuk unsur linguistik yangberulang atau dari segi makna, unsur itu yang berulang atau kedua- duanya sekali. Ciriyang sedemikian termasuklah fungsi yang terlibat untuk memperincikan tautanperulangan kepada tujuh jenis, iaitu:
a)
Tautan
perulangan rujukan
Perulangan
rujukan dibezakan daripada yang lainnya dari segi semantik. Unsuryang
berhubungan dikaitkan kerana adanya makna rujukan itu walaupun bentuk unsuritu
tidak sama. Tautan perulangan rujukan ini boleh disubkategorikan kepada jenis
yanglebih kecil, iaitu perulangan rujukan peribadi, rujukan tunjuk dan rujukan bandingan.
b)
Tautan
perulangan penggantian
Tautan ini
berbeza dengan jenis
yang lain dari
segi kriteria tatabahasa
dansemantik. Tautan perulangan
ini bercirikan tatabahasa
berbanding dengan tautanperulangan rujukan. Unsur yang
menggantikan dalam tautan penggantian mengekalkangolongan tatabahasa atau tidak
mengubah struktur yang digantikan.Unsur ini sebagaipancang kepada
yang digantikan. Antara
pancang dengan unsur
yang digantikanmempunyai persamaan
maksud. Perulangan dalam
konteks penggantian ini
ialahperulangan makna. Tautan perulangan penggantian ini boleh
disubkategorikan kepadayang lebih kecil, iaitu
penggantian namaan, penggantiaan
karyaan dan penggantianklausaan.
c)
Tautan
perulangan ellipsis
Tautan ini menyerupai perulangan penggantian
seperti yang disebutkan sebelum ini,iaitu dari
segi kriteria dan penjenisannya.
Unsur yang digugurkan
dalam ayat dapat diinterprestasikan berdasarkan
unsur yang mendahuluinya. Justeru, ia
dinamakan penggantian kosong yang menggunakan simbol Ø.
d)
Tautan
perulangan leksikal
Tautan ini
dibezakan dengan yang lain dari segi kriteria bentuk leksikal dan makna.Bentuk
yang diulang itu mungkin sama atau mempunyai akar kata yang sama, yang bersinonim atau
kata umum. Dengan
berdasarkan bentuk dan
makna ini, tautan perulangan leksikal ini boleh
disubkategorikan kepada yang lebih kecil, iaitu bentuk akar kata yang sama,
bersinonim dan kata umum.
e)
Tautan
perulangan prafrasa
Tautan ini
merujuk kepada perulangan makna yang sama dan bukan bertaraf leksikal, tetapi
daripada unsur yang bersifat frasa sehinggalah ayat. Ia dibezakan dari segi
bentuk susunan unsur yang bertaut itu.
f)
Tautan
perulangan paralelisme
Tautan ini
merupakan pertentangan kepada
perulangan parafrasa. Tautan
ini merujuk kepada bentuk
susunan yang sama
antara unsur
yang bertaut, tetapi mempunyai makna yang berlainan. Unsur
yang bertaut ini bukan bersifat leksikal, tetapi sekadar antara ayat atau
unitteks yang singkat atau subjek dan predikat sesuatu ayat sehingga terasa
hubungan itu sesuatu yang bermakna.
g)
Tautan
perulangan struktur dan makna yang sama
Tautan
perulangan ini merujuk kepada unsur yang bertaut bukan bertaraf leksikal,tetapi
yang bertaraf frasa sehinggalah ayat. Tautan jenis ini menunjukkan
persamaandari segi bentuk susunan dan makna. Tautan ini menyatukan aspek
tertentu parafrasadan paralelisme.
http://documents.tips/documents/nota-tautan.html
http://documents.tips/documents/nota-tautan.html
Tiada ulasan :
Catat Ulasan