BML3092
Analisis Wacana
Tugasan Berkumpulan
___________________________________________________________
Analisis Struktur
Maklumat Berdasarkan Klip Video Iklan Raya Aidilfitri 2015 “Sepasang Baju
Kurung”
________________________________________________________________
Nama
Ahli
|
No.
Matrik
|
Lau
King Siew
|
D20131063332
|
Wattay
anak Lai
|
D20131063340
|
Norassikin
binti Hassim
|
D20131063341
|
Maria
Felcee anak Lee Bass
|
D20131063354
|
Kumpulan: D
Nama Pensyarah: Prof.
Madya Dr Mohd Rashid Md Idris
BAB 1
1.0 Pengenalan
Menurut
Kamus Dewan Edisi Keempat, iklan bermaksud pemberitahuan kepada orang ramai
melalui surat khabar, televisyen, radio dan surat khabar. Gilson & Berkman
(1980). Menurut mereka, iklan adalah media komunikasi persuasif yang dirancang
sedemikian rupa untuk menghasilkan respon dan membantu tercapainya objektifitas
atau tujuan pemasaran. Russel & Lane (1990). Mereka berpendapat bahawa
iklan ialah suatu pesan yang dibayar oleh sponsor dan disampaikan melalui
beberapa media komunikasi massa.
Pada
dasarnya, tugasan ini akan melihat secara terperinci tentang maklumat baru dan
lama. Maklumat lama dan baru merupakan strukturinformasi dalam wacana. Maklumat
yang disampaikan sama ada secara lisan atau tulisan disusun dengan cara
tertentudalam proses komunikasi. Dalam perbualan seharian, kita jarang
memikirkan apa yang hendak dikatakan apatah lagi menyusunnya. Ini kerana ia
dihasilkan secara natural atau spontan. Tetapi,apabila kita mengkaji bahasa,
tanpa kita sedari kita mengenakan cara berkomunikasi. Struktur inidibina dalam
nahu bahasa dan berlaku pada peringkat klausa. Semua klausa mempunyai strukturinformasi
dan kita menggunakannya dalam lisan dan tulisan.
Menurut
Halliday, struktur informasi merujuk kepada ‘proses interaksi di antara apayang
sudah diketahui atau dijangkakan dan apa yang baru atau tidak dijangkakan’.
Unit informasi terdiri daripada satu unsur maklumat pilihan; bermakna boleh ada
atau tidak ada. Yangada hanya maklumat baru dalam ayat tersebut.
Walau
bagaimanapun, pembaca faham apakahmaklumat lama yang ditiadakan, maklumat baru
dan diikuti oleh satu unsur baru yang wajib(maklumat baru).Struktur maklumat
terbahagi kepada dua iaitu maklumat lama dan maklumat baru.Maklumat lama adalah
maklumat yang dijangka sudah diketahui oleh pendengar. Manakala maklumat baru
adalah maklumat yang belum diketahui oleh pendengar. Maklumat baru biasanya beradapada bahagian kedua klausa.
Sesebuah komunikasi dapat berlangsung dengan berkesan apabila penyapa dapat berkongsi pengetahuan bersama
dengan pesapa. Pengetahuan yang dikongsikan ini selalunya terdapat pada
permulaan klausa termasuk maklumat yang menjadi fokus kepada mesej penyapa,
maklumat itu dikira baru.
Manakala
menurut Brown dan Yule (1983: 153) menyatakan struktur maklumat dilihatsebagai
unit terkecil dalam struktur wacana dan unit lokal yang kecil pada peringkat
frasa atau klausa. Ianya merupakan sumber kepada penutur atau penulis untuk
memberitahu penerima atau pendengar tentang maklumat.
1.1 Objektif Kajian
Pengkaji
akan memperlihatkan penganalisisan wacana bahasa Melayu dari sudut struktur
maklumat lama dan juga maklumat baru berdasarkan dua buah klip video iklan Hari
Raya Aidilfitri 2015 “ Sepasang Baju Kurung” dan klip video iklan “ Jahit”
2013. Antara tujuan kajian ini dilakukan ialah:
i.
Mengenalpasti fungsi
struktur maklumat dalam iklan.
ii.
Menganalisis struktur
pengaliran maklumat lama dan maklumat baru dalam iklan.
1.2 Persoalan Kajian
1. Adakah
struktur maklumat memberi fungsi penyampaian yang sempurna dalam iklan.
2. Apakah
kaedah maklumat lama yang terlibat dalam klip video iklan raya aidilfitri 2015
“Sepasang baju kurung” dan klip video iklan raya aidilfitri 2013 “Jahit”.
3. Sejauh
manakah kaedah maklumat lama dan baru yang digunakan dalam kajian ini.
BAB 2
2.0 Latar Belakang
Kajian
Kajian
ini dijalankan dengan menggunakan model Sato Hirobumi. Sato Hirobumi mengaitkan
definisi struktur maklumat dengan kegiatan komunikasi. Menurut beliau,
penyampai lazimnya tidak diberi peluang untuk memastikan maklumat yang hendak
disampaikannya itu merupakan maklumat lama atau maklumat baru bagi penerimanya.
Kenyataan ini bermakna bahawa keberkesanan komunikasi adalah terjejas dan
sering terputus-putus sekiranya penyampai sentiasa memastikan tiap-tiap
maklumat yang disampaikannya itu lama atau baru semasa komunikasi sedang
berlaku. Oleh itu, penyampai seharusnya melakukan tambahan maklumat baru satu
demi satu mengenai sesuatu topik melalui maklumat lama yang sudah diketahui
oleh penerimanya.
2.1 Skema Sato Hirobumi
Sato Hirobumi melihat struktur
maklumat kepada dua aspek, iaitu maklumat lama (ML) dan maklumat baru (MB).
i.
Maklumat
lama (ML)
Maklumat
lama ditandakan dengan penanda. Penanda
merujuk kepada alamat atau sesuatu yang menandakan dengan tujuan
maklumat lama yang terdapat dalam sesebuah teks dapat dikenal pasti oleh
pembaca. Terdapat tujuh kaedah untuk mengenal pasti maklumat lama.
a)
Kaedah
perujukan (hal merujuk secara langsung)
Kaedah
perujukan merujuk kepada perkara atau hal yang secara langsung dirujuk melalui
teks dan rujukan yang dibuat itu dan dapat dikenal pasti melalui penggunaan
kata ganti.
b)
Kaedah penggantian (penggantian bentuk baru)
Kaedah
penggantian merujuk kepada sesuatu unsur yang disebut, kemudian digantikan
dalam bentuk baharu secara semantik ataupun nahuan.
c)
Kaedah
perulangan seluruh
Kaedah
perulangan seluruh membawa makna perulangan yang berlaku pada unsur-unsur dalam
wacana tanpa menimbulkan sebarang perubahan pada kategorinya.
d)
Kaedah
perulangan sebahagian
Kaedah
perulangan sebahagian ialah perubahan kategori yang berlaku pada rangkai kata
yang mengulang.
e)
Kaedah
penghilangan (elipsis)
Kaedah
penghilangan berlaku apabila adanya penghilangan penyampaian atau amanat
penulis.
f)
Kaedah
leksikal (pertalian semantik)
Kaedah leksikal merujuk kepada pertalian
antara ayat secara semantik. Hal ini
bermaksud, setiap ayat mengandungi ikatan atau pertalian yang
dihubungkan secara semantik.
g)
Kaedah
prafrasa (perulangan dalam bentuk lain)
Kaedah
parafrasa merujuk kepada pernyataan idea yang sama tetapi cara pengolahannya
berbeza.
ii.
Maklumat
baru (MB)
Maklumat
baru terbahagi kepada empat jenis, iaitu:
a)
Maklumat
baru tambahan (MBT)
Maklumat
baru tambahan merujuk kepada maklumat baru yang ditambah berdasarkan maklumat
lama yang muncul di titik permulaan perbicaraan ayat.
b)
Maklumat
baru kontrastif (MBK)
Maklumat
baru kontrastif merujuk kepada dua atau lebih klausa berbeza dari segi
semantik.
c)
Maklumat
baru pemberitaan neutral (MBN)
Maklumat
baru pemberitaan neutral merujuk kepada susunan maklumat yang tidak mengandungi
sebarang maklumat lama yang disediakan dalam praanggapan.
d)
Maklumat
baru fokus (MBF)
Maklumat
baru fokus ialah susunan maklumat yang melibatkan fokus pembezanya (maklumat
baru) yang menduduki tema (judul).
BAB 3
3.0 Metodologi Kajian
Pengkaji
menggunakan kaedah kepustakaan untuk melaksanakan kajian ini. Selain tu, kaedah
transkripsi juga telah digunakan untuk mengalih perbualan yang terdapat pada
bahan kajian iaitu berdasarkan klip video iklan raya aidilfitri 2015 “Sepasang
baju kurung” dan klip video iklan raya aidilfitri 2013 “Jahit”.
Kajian
ini dijalankan berlandaskan teori Sato Hirobumi yang melibatkan kegiatan
komunikasi dalam struktur maklumat. Penyampai seharusnya melakukan tambahan
maklumat baru mengenai sesuatu topik melalui maklumat lama yang sudah diketahui
oleh penerimanya.
Selain itu menggunakan label ML untuk maklumat lama
dan MB untuk maklumat baru. Dalam maklumat lama terdapat beberapa kaedah iaitu
:
i.
Kaedah Perujukan
ii.
Kaedah Penggantian
iii.
Kaedah Perulangan
iv.
Kaedah Perulangan
Sebahagian
v.
Kaedah Penghilangan
vi.
Kaedah Leksikal
vii.
Kaedah Prafrasa
Manakala
maklumat baru MB mempunyai beberapa kaedah iaitu:
i.
Maklumat Baru Tambahan
ii.
Maklumat Baru
Kontrastif
iii.
Maklumat Baru
Pemberitaan Neutral
iv.
Maklumat Baru Fokus
BAB 4
4.0 Dapatan Kajian
Fungsi
struktur maklumat ialah sebagai sumber kepada penutur atau penulis dengan
tujuan memberitahu kepada pendengar atau pembaca mengenai status maklumat
tersebut. Fungsi yang kedua pula ialah berfungsi dalam membina unit maklumat
sebagaimana pengertian struktur maklumat oleh Sanat Md. Nasir iaitu sebagai
suatu struktur maklumat yang membina unit maklumat. Manakala fungsi struktur
maklumat dalam iklan pula untuk menyampaikan maklumat dengan melakukan tambahan
maklumat baru mengenai sesuatu topik melalui maklumat lama yang sudah diketahui
oleh penerimanya.
4.1
Pengisahan
Tentang Iklan
“Sepasang
Baju Kurung”
Iklan
“Sepasang Baju Kurung” ini mengisahkan seorang ibu yang dilayan seakan orang
gaji oleh anaknya sendiri. Watak anak dalam iklan ini lebih pentingkan suami
dan anaknya berbanding ibunya sendiri. Segala kerja rumah seperti mencuci
pakaian akan diserahkan kepada ibunya, malahan anaknya akan meninggikan suara
seandainya kerja rumah lambat disiapkan oleh ibunya. Apabila hari raya hampir
menjelang tiba, ibunya meminta sepasang baju kurung daripada anaknya. Anaknya
hanya endah-tak endah terhadap permintaan ibunya malah memarahi ibunya kerana
meminta-minta. Akan tetapi anaknya tetap membelikan ibunya sepasang baju kurung
walaupun hanya baju kurung biasa dan tidak secantik baju cucunya. ibunya hanya
memerhati dari sudut jauh sementara anaknya bersama suami dan cucunya
bergembira. Sampailah suatu masa anaknya teringat zaman kecilnya dimana ibunya
membelikannya sepasang baju kurung dan dia berasa sangat gembira sehingga
memeluk baju kurung tersebut semasa tidur. Anaknya tersedar dari lamunan dan
berasa sangat sedih kerana tidak menghargai ibunya, dia lekas berlari mencari
ibunya di bilik ibunya dan melihat ibunya juga memeluk baju kurung yang
dibelinya sambil tidur. Anaknya menangis menyesali dan meminta maaf atas
kesalahannya terhadap ibunya. Akhirnya mereka menyambut hari mulia hari raya
bersama-sama dengan gembira.
“Jahit”
Iklan
“Jahit” mengisahkan hubungan seorang ibu tunggal yang berkerja sebagai tukang
jahit dengan anaknya yang bakal menghadapi peperiksaan SPM. Watak ibu yang
digambarkan sangat rajin menjahit dengan harapan dapat menyimpan duit yang
secukupnya sebelum anaknya memasuki kolej. Watak anaknya pula sangat mengasihi
ibunya dan berasa serba salah kerana menyusahkan ibunya. Oleh itu, dia
bercadang untuk membantu ibunya di kedai jahit walaupun sekadar mengambir
ukuran kerana ibunya tidak suka anaknya terlibat sama menjahit. Ibunya ingin
anaknya fokus pada pembelajarannya di sekolah sahaja. Apabila menjelang hari
raya, pelanggan ibunya semakin bertambah dan anaknya cuba untuk menolak
pelanggan namun ibunya tetap menerima tempahan pelanggannya. Dengan berkat
usaha yang gigih, semua tempahan berjalan dengan lancar dan dapat disiapkan
sehinggalah ibunya tersedar bahawa satu tempahan yang telah siap tetapi
tersilap dan tidak mengikut tempahan pelanggan. Hal ini menyebabkan ibunya
tidak tenang dan tidak lena tidur. Pada suatu malam, ibunya tidak dapat lena
kerana hal tersebut, maka ibunya angkat dan mula menjahit semula. Anaknya yang
terganggu dengan bunyi mesin jahitan ibunya tersedar dari tidur. Anaknya berasa
sangat terharu, sedih dan menangis. Akhirnya, ibunya berjaya menyiapkan
tempahan dan pelanggan ibunya datang untuk mengambil tempahan baju. Pelanggan
tersebut bermurah hati dengan membeli sekali semua baju yang telah disiapkan
oleh ibunya. Ibunya berasa sangat bersyukur dan berterima kasih. Satu lagi berita
gembira yang anaknya perolehi iaitu anaknya mendapat surat tawaran biasiswa.
Mereka akhirnya saling berpelukan gembira.
4.2 Maklumat Lama
Kaedah Perujukan
Kaedah
perujukan merujuk kepada perkara atau hal yang secara langsung dirujuk melalui
teks dan rujukan yang dibuat itu dan dapat dikenal pasti melalui penggunaan
kata ganti.
Dalam
iklan “sepasang baju kurung”
A.1:
Ana, Ana, esok dah nak raya, mak teringin sangat nak sepasang baju kurung.
Boleh tak ida belikan untuk mak? Durasi (1:13)
A.8:
Mak terlajak tidur nak Durasi (01:55)
A.1
diucapkan oleh watak ibu dalam iklan “Sepasang baju kurung” yang meminta
anaknya membelikannya sepasang baju kurung memandangkan hari raya hampir tiba.
Kata nama “Ana” digunakan oleh ibunya sebagai panggilan kepada anaknya. Namun
demikian, pada A.8 pula ibunya berkata “Mak terlajak tidur nak”. Kata nama
tersebut mengalami perubahan namun merujuk pada individu yang sama. Kata nama
“nak” yang diucapkan oleh ibunya tetap sama merujuk kepada anaknya “Ana”
Dalam
iklan “Jahit”
A.12:
Mak Chah nanti, saya tolong. Durasi (01:15)
A.15:
Ehh, saya rasa tengok you lah hari-hari pun banyak kerja lah. Durasi (01:28)
Pada
A.12 frasa nama “Mak Chah” mengalami perubahan perujukan kepada kata ganti nama
“you” pada A. 15 yang bermaksud awak dalam bahasa Melayu. Kedua ayat diatas
dilafaskan oleh watak yang sama dalam iklan iaitu watak Cina yang berniaga
tetapi menggunakan kata nama yang berbeza. Namun demikian watak Cina tersebut
merujukan kepada individu yang sama iaitu Mak Chah.
Kaedah Pengantian
Kaedah
penggantian pula merujuk kepada sesuatu unsur yang disebut, kemudian digantikan
dalam bentuk baharu secara semantik ataupun nahuan.
Dalam
iklan “Sepasang baju kurung”
A.12:
Mak, bila nak beli baju raya? Durasi (04:55)
A.13:
Esok kita pergi beli. Durasi (04:58)
Dalam
A.12, frasa nama bagi watak anak dalam iklan “sepasang baju kurung” mengalami
perubahan secara penggantian kepada kata ganti nama diri jamak “kita”. Pada dialog A.12 watak anak
menanyakan kepada ibunya bahawa bila hendak membeli baju raya dan jawab ibunya
pada A.13 bahawa esok mereka akan membeli baju kurung. “kita” yang dimaksudkan
oleh ibunya mewakili kesemua ahli keluarganya.
Dalam
iklan “Jahit”
A.40:
Tak boleh lah mak, Arwin kena belajar. Arwin tak nak kecewakan mak nanti.
Durasi (03:31)
A.41:
Win, Arwin tak pernah kecewakan mak. Bersyukur dengan apa yang kita ada ni Win.
Durasi (03:34)
Pada
A.40 frasa nama Arwin dan mak digantikan dengan kata ganti nama diri jamak
“kita” pada A.41. Kata ganti nama diri jamak “kita” secara semantiknya membawa
makna ramai menggantikan makna untuk
Arwin dan maknya.
Kaedah Perulangan
Kaedah Perulangan
Keseluruhan
Dari perspektif nahuannya, kaedah perulangan membawa
makna perulangan yang berlaku pada unsur-unsur dalam wacana tanpa menimbulkan
sebarang perubahan pada kategorinya. Contohnya boleh dilihat melalui contoh
ayat-ayat yang berikut:
1. A4:
(ketuk pintu) mak…., mak bangun sahur mak. Durasi (01:39) (klip video iklan “Sepasang
Baju Kurung”.)
2. A5:
Haa.. mak datang, mak datang. ( klip video iklan “Jahit”.) Durasi (00:34):
3. A82:
Arwin, syukur alhamdulillah. Sayang sangat anak mak. Durasi (08:01) (klip video iklan “Jahit”)
A83:
Syukur alhamdulillah, anak mak dapat biasiswa. Durasi (08:04)
4. A57:
Nah ambik, bagi kakak satu. Aah ni. Durasi (06:36) (klip video iklan “Jahit”)
A59:
Nah ambik duit ni. Nah dik. Durasi (06:42)
5. A21:
Ye lah, ye lah hahah. Durasi (01:53)
Berdasarkan contoh-contoh ayat diatas, kaedah
perulangan ini bermaksud berlakunya perulangan keseluruhan pada frasa nama.
Contoh ayat yang pertama, frasa nama “ mak”
diulang sekali lagi tanpa mengalami sebarang perubahan kategori. Pada
ayat kedua pula frasa nama “mak” diulang kembali pada ayat yang seterusnya.
Contoh ayat ketiga pula frasa “syukur alhamdulilah
diulang kembali pada ayat yang seterusnya. Begitu juga dengan ayat keempat,
frasa “ nah ambik” diulang kembali pada ayat yang seterusnya. Contoh ayat
kelima “ye lah” turut diulang pada ayat yang seterusnya. Secara ringkasnya,
kaedah perulangan ini bererti perulangan pada unsur-unsur dalam sesebuah wacana
tanpa melibatkan sebarang perubahan pada kategorinya.
Kaedah Pengulangan
Sebahagian
Kaedah
perulangan sebahagian ialah perubahan kategori yang berlaku pada rangkai kata
yang mengulang. Kenyataan ini dapat dijelaskan pada contoh di bawah.
Iklan sepasang baju kurung
a) A10:
Mak! Kenapa tak basuh baju-baju ni? Dah seminggu dalam bakul lah. Durasi
(02:18)
b) A11:
Pergi basuh lah! Haishh! Durasi (02:25)
Iklan jahit
a) A59:
Nah ambik duit ni. Nah dik. Durasi (06:42)
b) A60:
Nanti saya ambik baki nya ya. Durasi (06:46)
Berdasarkan contoh-contoh ayat di atas, frasa kerja
“basuh baju-baju ni” dalam contoh ayat yang pertama dalam iklan sepasang baju kurung, iaitu ayat (a)
telah berlakunya pengulangan sebahagian menjadikannya kepada frasa “basuh lah”.
Pada ayat (b) dalam iklan sepasang baju kurung, tidak semua frasa kerja ayat
(a) diulang, akan tetapi diulang sebahagian ayatnya sekaligus mengubah kategori
ayat tersebut.
Begitu
juga dengan ayat kedua dalam iklan jahit yang berlakunya pengulangan sebahagian
ayatnya, iaitu pada frasa “ambik duit ni” telah mengalami pengulangan
sebahagian pada ayat (b) iaitu menjadi frasa kerja “ambik”. Hal ini menunjukkan
bahawa sebahagian frasa pada ayat (a) tersebut telah digugurkan. Hal ini juga
bermaksud kaedah pengulangan sebahagian ini membawa maksud wujudnya perubahan
kategori pada rangkai kata mengulang.
Kaedah Penghilangan
(Elipsis)
Kaedah
penghilangan boleh didefinisikan sebagai berlakunya penghilangan penyampaian
atau amanat penulis. Tambahan pula, kaedah ini turut dikenali sebagai kaedah
elipsis.
Contohnya
adalah seperti berikut berdasarkan klip video iklan raya aidilfitri 2015
“Sepasang baju kurung”:
A.4:
Mak (01), mak bangun sahur mak. Durasi (01:39)
A.5:
Mak!(01) Aduh, dah pukul berapa ni.
Durasi (01:45)
Dalam
A.4, terdapat satu ellipsis yang ditandai dengan (01), ayat bangun sahur mak.
Elipsis tersebut wajar dan tepat penggunaannya untuk memberi kesan komunikasi
yang berkesandan unggul terhadap pembaca.
A.5
juga memperlihatkan elipsisi dengan ditandai dengan (01) dengan mewakili ayat
yang sama yang dihilangkan iaitu bangun sahur mak. Kaedah ini amat menarik
kerana ayat-ayat yang diutarakan menjadi tidak berulang dan tidak berlaku unsur
lewah. Kaedah ini juga tidak akan menjejaskan atau mencacatkan penyampaian
perbualan dalam iklan tersebut.
Contoh
seterusnya seperti berikut berdasarkan klip video iklan raya aidilfitri 2013
“Jahit”:
A.3:
Mak, mak dah buka puasa dah. Durasi (00:30)
A.4:
Oh dah buka (01) dah. Durasi (00:33)
Frasa
asal yang dirujuk ialah pada A.3 dah buka puasa dah. Manakala melalui perbualan
seorang ibu dengan anaknya pada A.4 telah dihilangkan perkataan puasa yang
ditandai dengan (01) dan menjadi dah buka dah. Ayat yang telah dihilangkan itu
akan menjadi lebih mudah ungkapannya dan dapat difahami oleh penerimanya.
Oleh
itu, penggunaan kaedah penghilangan ini tidak mencacatkan penyampaian mesej
mahupun amanat yang hendak disampaikan oleh penyampai maklumat kepada
penerimanya. Selain itu, kaedah ini juga turut berfungsi untuk mengelak
daripada terlebihnya ungkapan seperti yang terlahir dalam kaedah perulangan
kerana ayat yang disampaikan adalah ayat mudah.
Kaedah Leksikal
Kaedah
leksikal merujuk kepada pertalian antara ayat secara semantik. Hal yang
demikian ini bermaksud, setiap ayat mengandungi ikatan atau pertalian yang
dihubungkan secara semantik. Contohnya:
6. A16:
Mak kita nak buat apa ni? Durasi (05:18) (klip video iklan “Sepasang Baju Kurung”
A17:
… buat kuih. Durasi (05:19)
Dalam
ayat diatas, perkataan kuih digunakan bagi merujuk pelbagai jenis kuih.
Kuih boleh mewakili pelbagai jenis kuih.
Contohnya, karipap, donut dan sebagainya.
Kaedah Prafrasa
(Pengulangan Dalam Bentuk Lain)
Kaedah
prafrasa merujuk kepada pernyataan idea yang sama tetapi cara pengolahannya
berbeza. Kenyataan ini dapat dilihat dengan jelas menerusi contoh yang
diberikan dibawah.
Iklan jahit
a) A8:
Rin, masa nak raya nilah mak kena kerja keras sikit, nak bayar yuran kolej
Darwin tu. Durasi (00:46)
b) A19:
Arwin kan sudah tingkatan lima taw tahun ni, akak kena kumpul duit untuk yuran
kolej dia taw. Durasi (01:39):
c) A41:
Tak boleh lah mak, Arwin kena belajar. Arwin tak nak kecewakan mak nanti. Durasi
(03:31)
d) A42:
Win, Arwin tak pernah kecewakan mak. Bersyukur dengan apa yang kita ada ni Win.
Durasi (03:34)
Berdasarkan contoh ayat di atas, ayat (a) dan ayat
(b) memberikan maksud yang sama. Begitu juga dengan ayat (c) dan (d), namun
cara pengolahannya masing-masing adalah berbeza. Hal inilah yang dikatakan
sebagai kaedah prafrasa, iaitu membawa maksud yang sama dan hanya berbeza dari
segi pengolahannya.
4.3 Maklumat Baru
Maklumat Baru Tambahan
Maklumat
baru tambahan merujuk kepada maklumat baru yang ditambah berdasarkan maklumat
lama yang muncul di titik permulaan perbicaraan ayat.
Contohnya
adalah seperti berikut berdasarkan klip video iklan raya aidilfitri 2015
“Sepasang baju kurung”:
A.1:
Ana, Ana, esok dah nak raya, mak teringin sangat nak sepasang baju kurung.
Boleh tak Ana belikan untuk mak?
A. 2:
Tengoklah macam mana nanti.
A.3:
Mak ni pun,dah berumur-umur macam ni sibuk nak beraya juga ke?
Perbualan
pada Ayat 1 berkisarkan tentang hari raya yang akan tiba dan keinginan seorang
ibu untuk memiliki sepasang baju kurung. Manakala perkataan berumur-umur pada perbualan Ayat 3
merupakan maklumat baru yang bertindak sebagai ayat untuk menghalang keinginan
ibunya untuk memiliki sepasang baju kurung baru. Maklumat tersebut ditambah
berdasarkan maklumat lama yang muncul dalam perbualan tersebut.
Contoh
seterusnya seperti berikut berdasarkan klip video iklan raya aidilfitri 2013
“Jahit”:
A.75:
Tengok ni, ada poket lah samping ni. Durasi (07:24)
A.76:
Haahh.. Lepas ni kena rajin solat taw. Durasi (07:27)
Ayat pada A.75 menunjukkan perbualan
seorang budak lelaki dan ibu bapanya dalam klip video iklan tentang poket yang
terdapat pada samping yang ditempah itu. Namun maklumat baru dapat dikesan
melalui A.76 iaitu lepas ni kena rajin solat taw iaitu bertentangan dengan
topik mengenai pakaian yang disarungkan oleh budak lelaki tersebut.
Maklumat Baru
Kontrastif
Maklumat
baru kontrastif pula merujuk kepada dua atau lebih klausa berbeza dari segi
semantik. Contoh dibawah menerangkan definisi terhadap maklumat baru
kontrastif.
Maklumat Lama
|
Maklumat Baru
|
A31: Arwin kan
hari-hari dengan mak. Durasi (02:57)
|
A32: Manalah ada masa
nak cari boyfriend boyfriend ni mak. Durasi
(03:00)
|
A15: Ehh, saya rasa
tengok you lah hari-hari pun banyak kerja lah. Durasi (01:28)
|
A16: Ehh, you jaga
aaa, nanti masa raya you sakit pulak. Durasi (01:31)
A17: Haiya, masa ni
lah bisnes baik. Durasi (01:35)
|
Ayat
pertama mengandungi satu frasa nama “ manalah ada masa nak cari boyfriend
boyfriend ni mak”. Klausa ini tergolong dalam kategori maklumat baru kontrastif
kerana struktur maklumat yang dikandung oleh klausa tersebut adalah berlainan
dari aspek semantiknya. Ciri kepelbagaian struktur maklumat ini menjadi penanda
atau alamat kepada maklumat baru kontrastif. “Arwin kan hari-hari dengan mak”
merupakan maklumat lama.
Hal
yang sama juga berlaku dalam ayat kedua yang mengandungi dua klausa iaitu frasa
kata adjektif “sakit” dan frasa kerja
“hari-hari pun banyak kerja lah” menjadi cerita kepada judul sebagai maklumat
baru kontrastif.
Maklumat Baru
Pemberitaan Neutral
Maklumat
baru pemberitaan neutral merujuk kepada susunan maklumat yang tidak mengandungi
sebarang maklumat lama yang disediakan dalam praanggapan sebagaimana contoh
ayat yang dinyatakan di bawah:
Iklan
sepasang baju kurung
A12:
Mak, bila nak beli baju raya? Durasi (04:55)
Maklumat
baru: Maklumat
baru pemberitaan neutral:
Judul Cerita
Mak -bila
nak beli baju raya?
Dalam
ayat di atas, frasa “bila nak beli baju
raya” berperanan sebagai cerita kepada judul. Kehadiran klausa inilah yang menjadi
penanda kepada maklumat baru pemberitaan neutral, manakala frasa nama “Mak”
yang berperanan sebagai judul dan merupakan maklumat baru.
Maklumat Baru Fokus
Maklumat
baru merujuk kepada susunan maklumat yang melibatkan fokus pembezaannya
(maklumat baru) yang menduduki tema (judul).
Dalam
iklan “Sepasang baju kurung”
Maklumat baru fokus : Maklumat lama
Judul : Cerita
A.16: Mak : kita nak buat apa ni? Durasi (05:18)
Dalam
A.16, kata nama “Mak” mengalami pendepanan predikat untuk berfungsi sebagai
judul atau tema dalam ayat ini. Manakala frasa “kita nak buat apa ni?”
berfungsi sebagai cerita kepada judul tersebut. Sekiranya ayat tersebut tidak
mengalami proses pendepanan judul maka boleh sahaja ayat itu menjadi “Kita nak
buat apa ni mak?”. Jadi “Mak” tersebut dikategorikan sebagai maklumat baru
fokus. Frasa berikutnya pula dikategorikan sebagai maklumat lama yang sedia ada
pada pembaca.
Dalam
iklan” Jahit”
Maklumat baru fokus : Maklumat lama
Judul : Cerita
A.7:
Kalau tak boleh nak jahit lagi : janganlah ambik order lagi lah mak. Durasi
(00:42)
Dalam
A.7, frasa “Kalau tak boleh nak jahit lagi” mengalami pendepanan untuk
berfungsi sebagai judul atau tema dalam ayat ini. Sekiranya ayat tersebut tidak
mengalami proses pendepanan judul, maka boleh sahaja ayat itu menjadi
“Janganlah ambik order lagi lah mak, kalau tak boleh nak jahit lagi”. Jadi
“Kalau tak boleh nak jahit lagi” tersebut dikategorikan sebagai maklumat baru
fokus. Frasa berikutnya pula, iaitu “janganlah ambik order lagi lah mak” hanya sekadar
berfungsi sebagai maklumat lama. Hal ini disebabkan oleh maklumat itu maklumat
lama sedia ada pada pembaca.
4.4 Analisis
Kuantitatif
Maklumat Lama
Penanda Maklumat Lama
|
Ayat-ayat
yang terlibat
|
Kekerapan yang digunakan
|
Peratusan (%)
|
Kaedah Perujukan
|
A.1,A.8,A.12,A.15
|
4
|
15
|
Kaedah Penggantian
|
A.12,A.13,A.40,A.41
|
4
|
15
|
Kaedah Pengulangan
|
K.P.Keseluruhan
A.4, A.5, A.82, A.83,
A.57, A.59, A.21
K.P Sebahagian
A.10,A.11,A.59, A.60
|
7
4
|
41
|
Kaedah Penghilangan
|
A.4,A.5, A.3, A.4
|
4
|
7
|
Kaedah Leksikal
|
A.16, A.17
|
2
|
7
|
Kaedah Prafrasa
|
A.8,A.19, A.41, A.42
|
4
|
15
|
Jumlah
|
27
|
100
|
Berdasarkan
carta pai diatas, Kaedah Pengulangan mencatatkan peratusan tertinggi iaitu
sebanyak 41% bersamaan 11 ayat di dalam iklan. Kaedah Prafrasa, Kaedah
Perujukan, Kaedah Penghilangan dan Kaedah penggantian mencatatkan jumlah
peratusan yang setara iaitu sebanyak 15% bersamaan 4 ayat dalam iklan. Manakala,
Kaedah Leksikal mencatatkan peratusan terendah iaitu sebanyak 7% bersamaan 2
ayat dalam iklan.
Maklumat Baru
Penanda Maklumat Baru
|
Ayat-ayat yang terlibat
|
Kekerapan
|
Peratusan (%)
|
Maklumat Baru Tambahan
|
A.1,A.2,A.3,A.75,A.76
|
5
|
38
|
Maklumat Baru Kontrastif
|
A.31,A.32,A.15, A.16,
A.17
|
5
|
38
|
Maklumat Baru Pemberitaan Neutral
|
A.12
|
1
|
9
|
Maklumat baru fokus
|
A.16, A.7
|
2
|
15
|
Jumlah
|
13
|
100
|
Berdasarkan
carta pai diatas, Maklumat Baru Tambahan dan Maklumat Baru Kontrastif
mencatatkan jumlah peratusan setara atau sama juga mencatat peratusan yang
tertinggi iaitu sebanyak 38% bersamaan dengan 5 ayat dalam iklan. Manakala
Maklumat Baru Pemberitaan Neutral mencatatkan peratusan terendah iaitu sebanyak
9% bersamaan 1 ayat dalam iklan.
BAB 5
5.0
Kesimpulan
Kajian
yang dilakukan ini membolehkan kita mengetahui bahawa wujudnya pengaliran
maklumat secara pelinearan. Hal ini bermaksud arah aliran maklumat yang bermula
daripada maklumat baru ke maklumat lama dijadikan penentu hala tuju sesuatu
pembacaan atau ayat.
Lazimnya, struktur maklumat yang
dikaji memperlihatkan maklumat lama dengan tujuh kaedah atau penanda
maklumatnya yang terdiri daripada kaedah perujukan, penggantian, perulangan,
perulangan sebahagian, penghilangan, leksikal dan prafrasa, manakala maklumat baru terdiri daripada maklumat baru
tambahan, maklumat baru kontrastif, maklumat baru pemberitaan neutral dan
maklumat baru fokus.
Selain itu, kajian atau analisis
wacana berdasarkan struktur maklumat membenarkan kita menghayati wujudnya
pertalian yang erat antara kognitif dan bahasa semasa berkomunikasi. Seseorang
pengkaji yang ingin menganalisis wacana dari perspektif struktur maklumat
haruslah mempunyai skema yang lengkap. Hal ini amat memainkan peranan yang
penting agar hasil analisis terhadap wacana itu dianggap berkualiti dan
diyakini hujahnya.
Rujukan
Mohd
Rashid Md Idris, Norliza Jamaluddin, Abu Hassan Abdul& Adenan Ayob. (2012).
Tatabahasa wacana.Selangor: Emeritus Publication.
Mohd
Rashid Md Idris, Norliza Jamaluddin, Abu Hassan Abdul& Adenan Ayob. (2012).
Analisis wacana berdasarkan teks komsas terpilih. Selangor:
Emeritus Publication.
Mohd
Rashid Md Idris. (2004). Analisis wacana
cerpen dari perspektif struktur maklumat dan
struktur tema. Kuala Lumpur: ACH Communication Sdn. Bhd.
Tiada ulasan :
Catat Ulasan